Saturday, July 4, 2009

Ust Ahmad Syufaie Dapat Menantu Sulung

Ust Ahmad Syufai Wagiran, pegawai Ceramah Bahagian Sandakan telah berjaya menyelesaikan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa apabila telah menyelesaikan majlis perkahwinan ananknya dan pasangan pilihan anaknya.

Majlis walimatulurus telah selesai diadakan pada 5 JULAI 2009, lebih kurang jam 3.00 petang kelmarin. Zahrol hayati, anak sulung Ust Ahmad Sufaie telah diijakkabulkan sendiri oleh bapanya di kediaman beliau di taman Sri sazati, Batu 7, jalan Bukit Garam, Kinabatangan. Sementara itu, kaum kerabat Ust Syufaie dari seberang turut hadir bagi membantu dan memeriahkan majlis walimatul urus tersebut.

Kakitangan JHEAINS Kinabatangan turut hadir dan bersama membantu mengurus dan mengendalikan majlis tersebut. Ustazah Rozimi Asmat seperti berkampung di rumah pengantin bagi membantu sifu sepejabatnya.

Tahniah kepada ust Ahmad Syufaie dan selamat menerima menantu.

No comments:

Post a Comment