Tuesday, March 10, 2009

KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM

Kursus Pra-perkahwinan Islam Siri 1 pada 21 & 22 Februari 2009 dan Siri 2 pada 25 & 26 Februari 2009 telah diadakan di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah daerah Kinabatangan. Kursus tersebut berjalan dengan jayanya dengan jumlah peserta 250 orang. Peserta disajikan dengan 11 slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang bertauliah yang berhubung dengan prosedur perkahwinan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan.


Antara peserta kursus

Kursus ini diadakan bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama seluruh Malaysia yang memberi pendedahan awal kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ia juga bertujuan mendedahkan tanggungjawab suami isteri bagi mengelakkan berlakunya penceraian. Kursus ini dikendalikan dengan kerjasama JHEAINS Kota Kinabalu dan majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Syufai Wagiran, Pen. Peg. Ceramah Bahagian.